Sunday, 21 February 2016

Hokaido Chiffon Cup Cake

Hokaido Chiffon Cup Cake



Bahan-Bahan (A)
Qty
Kuning Telur
4    biji
Gula kastor
25 gram
Esen Vanila
1   sudu kecil
Minyak Canola / Minyak Masak (*jika tiada minyak canola)
40 ml
Susu segar
40 ml

Bahan-Bahan (B)
Qty
Tepung Kastard (Boleh ganti dengan serbuk coklat)
20 gram
Tepung kek
55 gram
Baking Soda
1 sudu kecil

Bahan-Bahan (C)
Qty
Telur Putih
4    biji
Gula kastor
75 gram
Garam
¼ sudu kecil

Bahan-Bahan untuk filing

Bahan-Bahan (D)
Qty
Whipping cream
1 sudu
Cream Cheese
250 gram
Gula kastor
1 sudu
Buah Strawberry
4 biji (belah 4)
Snow powder/Dusting sugar
1 sudu

❁❀✿Cara-cara ✿❀❁
1. Panaskan Oven pada suhu 150°C. Sediakan 9-12 biji remekins bersaiz besar
BAHAN-BAHAN A

2.Masukan kuning telur ke dalam 1 bekas/mangkuk besar,Pukul telur bersama gula kastor
3.Tambahkan esen vanila,minyak  dan susu. Pukul rata

BAHAN-BAHAN B
4.Campurkan tepung kek, tepung kastard dan baking soda dalam satu bekas
5. Ayak sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan A yang telah kita sediakan tadi.

BAHAN-BAHAN C
6. Dalam bekas berlainan, Pukul telur putih separuh kembang, masukan garam, Masukkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga kental dan kaku (soft peaks)
** Makesure Terbalik bekas pun tak tumpah

BAHAN A&B + C
7. Ambil 1/3 adunan telur putih dan masukkan dalam adunan tepung, gaul rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama.

8.Tuang adunan dalam remekin atau cawan kertas anggaran 3/4 daripada bekas, hentakan sedikit bekas untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.

9.Masukan dalam oven, bakar selama 25-30 minit, keluarkan dari oven bila kek sudah masak.Hentakan kek sekali lagi dan biarkan sehingga sejuk.




BAHAN-BAHAN D
10. Pukul whipping cream,cream cheese dan gula sehingga kembang.Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam, supaya cream pekat sepenuhnya, agar kek tak basah. Hias kek mengikut citarasa
Taburkan Snow powder/Dusting sugar sebagai hiasan

#TQ Joyce Manirath pernah kongsi resepi ni, harap simpan di sini supaya tak hilang



No comments:

Post a Comment