Saturday 25 April 2020

Cara download FB Video

Langkah 1: Buka video di Facebook > Play>Right click pada video Show video URL
Langkah 2: Right click pada URL


 Langkah 3:Pilih Go to...


Langkah 4:Tukar www kepada mbasic >ENTER


Ok sudah dapat  paparan macam di bawah ni

Langkah 5:Right click pada video > Open link in new tab

Langkah 6:Right click pada video > Save video as...

Langkah 7:Letak File name > Save 


Saturday 11 April 2020

Roti Jala & Kari Ayam


Roti Jala: 
#Blender semua bahan ni

1 biji telur
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kunyit
2 cawan tepung gandum
1 cawan air 
1 cawan santan
1 sudu minyak masak

*Tepung & (Air/Santan) sama sukatan.Jika 2 cawan tepung = 2 cawan (air/santan)








Wednesday 8 April 2020

Cucur Jawa (sukatan cawan)


Cucur jawa (sukatan cawan)

2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn gula pasir
1 sudu teh garam
1 ½ cwn air
( air bergantung pada tepung,kacau sampai rasa tak terlalu pekat & tak terlalu cair)

Note**
1.Boleh simpan semalaman untuk dapatkan bentuk yang kembang, masa nak masak sila kacau tepung terlebih dahulu. Supaya tepung tak tepu di bawah
(tepung tidur orang kampung kata)

2.Jika belakang tiada jalur sebab gula tak cukup.gula lebih muka jd lubang-lubang.

3.Renda kat tepi tu bergantung pada garam, jika tak elok tu garam tak cukup.

4.Api terlampau kuat akan jadi cucoq bom.

5.Jangan guna kuali rata, guna kuali biasa.


Saturday 20 July 2019

Udang Goreng Butter




Sarang Telur:
biji kuning telur
senduk butter (buttercup)
cawan minyak masak

  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan butter bersama minyak masak (supaya butter tak menjadi hitam).
  3. Bila minyak dalam kuali sudah betul-betul panas, guna senduk bulat pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer.
  5. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis.
  6. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
  7. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.

Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Udang:
12 ekor udang perap dengan tepung goreng (kentucky)
Minyak untuk menggoreng
  1. Goreng udang sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan.
  2. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Bahan untuk ditumis:

ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair (carnation)
Sedikit butter - untuk menumis
Garam secukup rasa

  1. Panaskan butter di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi  dan garam secukup rasa. Jangan masukkan banyak sangat garam yer sebab butter sudah masin.
  3. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp..  
Senang kann

Tuesday 12 February 2019

Tart Nanas Bercheese Gebu


Bahan-bahan (Anggaran 80-90 biji @ 3 balang kecil)
350g   Tepung Gandum 
25g     Tepung Kastad (Anggaran 2sudu besar)
25g     Tepung Jangung (Anggaran 2sudu besar)
250g   Buttercup
125g   Cream Cheese Tantura
1Biji    kuning telur
sedikit garam halus

1bekas Jem Nanas (Nona)

Bahan sapuan tart:
kuning telur 
pewarna kuning telur
sedikit air

Cara-cara:
  1. Satukan Butter, Cream Cheese dan garam.
  2. Masukkan kuning telur kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum,tepung kastad,tepung jagung.
    (tepung diayak terlebih dahulu supaya tiada bendasing)Uli sebati.
  3. Terap menggunakan acuan tart, dan gulung seperti biasa.
  4. Sebelum bakar hias tart dengan sapuan.(kuning telur+pewarna kuning+sedikit air)
  5. Bakar pada suhu 160°C (30 minit) Api atas dan bawah.
     OVEN:AE-19N PENSONIC chef Ismail (Oven jenis kecil 25biji sekali bakar)

**saya letak dalam papercup nampak kemas dan menarik