Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Wednesday, 8 April 2020

Cucur Jawa (sukatan cawan)


Cucur jawa (sukatan cawan)

2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn gula pasir
1 sudu teh garam
1 ½ cwn air
( air bergantung pada tepung,kacau sampai rasa tak terlalu pekat & tak terlalu cair)

Note**
1.Boleh simpan semalaman untuk dapatkan bentuk yang kembang, masa nak masak sila kacau tepung terlebih dahulu. Supaya tepung tak tepu di bawah
(tepung tidur orang kampung kata)

2.Jika belakang tiada jalur sebab gula tak cukup.gula lebih muka jd lubang-lubang.

3.Renda kat tepi tu bergantung pada garam, jika tak elok tu garam tak cukup.

4.Api terlampau kuat akan jadi cucoq bom.

5.Jangan guna kuali rata, guna kuali biasa.


Tuesday, 12 February 2019

Tart Nanas Bercheese Gebu


Bahan-bahan (Anggaran 80-90 biji @ 3 balang kecil)
350g   Tepung Gandum 
25g     Tepung Kastad (Anggaran 2sudu besar)
25g     Tepung Jangung (Anggaran 2sudu besar)
250g   Buttercup
125g   Cream Cheese Tantura
1Biji    kuning telur
sedikit garam halus

1bekas Jem Nanas (Nona)

Bahan sapuan tart:
kuning telur 
pewarna kuning telur
sedikit air

Cara-cara:
  1. Satukan Butter, Cream Cheese dan garam.
  2. Masukkan kuning telur kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum,tepung kastad,tepung jagung.
    (tepung diayak terlebih dahulu supaya tiada bendasing)Uli sebati.
  3. Terap menggunakan acuan tart, dan gulung seperti biasa.
  4. Sebelum bakar hias tart dengan sapuan.(kuning telur+pewarna kuning+sedikit air)
  5. Bakar pada suhu 160°C (30 minit) Api atas dan bawah.
     OVEN:AE-19N PENSONIC chef Ismail (Oven jenis kecil 25biji sekali bakar)

**saya letak dalam papercup nampak kemas dan menarik




Tuesday, 8 December 2015

KARIPAP ROTI {SARDIN KENTANG}

KARIPAP ROTI {SARDIN KENTANG}


BAHAN-BAHAN


CARA-CARA

{Inti Karipap}
  1. Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikannya. 
  2. Asingkan sos atau kuah sardin yang ada dalam tin supaya inti tidak begitu berminyak.
  3. Panaskan minyak, masukan bawang merah yang dipotong dadu,kacau perlahan sehinga naik bau,masukan serbuk kari {bancuh dengan sedikit air} Note** boleh campurkan cili kisar atau cili segar utk yang suka makan pedas
  4. Masukan kentang yang dipotong dadu {toskan air terlebih dahulu} biar sehingga naik bau
  5. Masukan 1 cawan air supaya kentang cepat empuk, tutup kuali supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
  6. Masukan isi sardin yang telah dihancurkan,masukan kicap & serbuk perisa {jika perlu}
  7. Biar sehinga kentang empuk, air kering
  8. Angkat inti dan masukkan ke dalam bekas yan sesuai supaya cepat sejuk dan boleh dibuat inti karipap.


{Kulit Karipap}
  1. Potong bahagian kulit keras roti
  2. Gelek roti sehinga menjadi kepingan nipis

Seterusnya....
  1. Letakkan kepingan roti yang telah digelek nipis tadi atas acuan Karipap
  2. Sapukan sedikit putih telur sebagai gam supaya karipap tak terbuka masa masak nanti. boleh juga bancuh sedikit tepung jagung sebagai gam.
  3. letakkan inti di tengah dan kepitkan, keluarkan lebihan bahagian tepi.
  4. Panaskan minyak, goreng karipap sehinga rangup... angkat,sedia untuk dimakan





Jika nak jimat!!! Lagi 1 cara lipat 2 roti & tekan bahagian tepi dengan garpu




Selamat mencuba.....







Friday, 6 November 2015

Donut

Donut
Note** Gula blend terlebih dahulu.

Bahan-Bahan:
[A]
5.5gm yis kering
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula 

*campurkan bahan A, biar sebentar,jika berbuih bermaksud yis masih okay.


[B]
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung

[C]
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin

Cara Membuat:

1. Satukan bahan B ke dalam mangkuk yang besar.

2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan bahan A & C, Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.

3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang. 
[dalam 15-20 minit]


4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.



5. Goreng dengan minyak panas (minyak kuantiti yang banyak agar donat tenggelam),dengan api sederhana kecil.

6. Donut warna kuning kemerahan boleh diangkat dari kuali.

7.Hias ikut citarasa...sedia untuk dimakan