Showing posts with label MASAKAN. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN. Show all posts

Saturday, 20 July 2019

Udang Goreng Butter




Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter (buttercup)
1 cawan minyak masak

  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan butter bersama minyak masak (supaya butter tak menjadi hitam).
  3. Bila minyak dalam kuali sudah betul-betul panas, guna senduk bulat pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer.
  5. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis.
  6. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
  7. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.

Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Udang:
12 ekor udang perap dengan tepung goreng (kentucky)
Minyak untuk menggoreng
  1. Goreng udang sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan.
  2. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Bahan untuk ditumis:

3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair (carnation)
Sedikit butter - untuk menumis
Garam secukup rasa

  1. Panaskan butter di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi  dan garam secukup rasa. Jangan masukkan banyak sangat garam yer sebab butter sudah masin.
  3. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp..  
Senang kann

Saturday, 15 December 2018

SAMBAL GORENG (IKAN BILIS)




Bahan A (KISAR KERING):
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Belacan
Ikan bilis

Bahan B
Ikan bilis selebihnya basuh dan rendam air campur 2 sudu cuka 10mnit (supaya masa goreng nanti garing
Tos air dan kisar kering separuh hancur, goreng dan toskan minyak

CARA-CARA:
1.Panaskan minyak, tumis bahan A
2.Masukan 3sudu perencah mea pranom.
3.Sudah masak masukkan ikan bilis yg dh tos minyak.
4.gaul sebati.
5.selamat menjamu selera.

Perencah Mea Pranom
*Halal



Sunday, 1 October 2017

Nasi Goreng {Ayam}


Bahan-Bahan:
  • Nasi 
  • Daging ayam dipotong kecil
  • Bawang putih dicincang
  • Bawang merah dicincang
  • Cili merah/Cili hijau
  • Lobak merah
  • Serbuk lada sulah
  • Pati sedap knor

Cara-Cara:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan lobak merah,daging ayam dan cili.
  3. Masukkan nasi pati sedap knor dan serbuk lada secukup rasa.
  4. Kacau sehingga sekata.
Sedia untuk dihidang, senang sahaja kan, 

Selamat Mencuba


Wednesday, 28 December 2016

Kerabu Pucuk Paku


Bahan-Bahan;






1. Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar.
2. Masukkan pucuk paku yang sudah dicelur dan ditos ke dalam bekas besar untuk senang nak gaul.
3.  Masukkan ikan bilis,bawang merah,cili segar,gaul.
4.  Masukkan santan ke dalam satu bekas berasingan,gaul bersama kerisik,belacan dan garam sehingga sebati.Tuang ke dalam bekas pucuk paku dan gaul sekali.
5.   Tambah jus limau nipis, gaul sekata.
6.  Tambah serbuk perasa atau ajinomoto mengikut citarasa

Selamat Mencuba :)




Sunday, 24 January 2016

Ayam Masak Berempah


Bahan [Menggoreng]
1/2 ekor Ayam dipotong sederhana
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung goreng [kentucky]
*perap ayam selama 20 minit

Bahan [dikisar kering/ ditumbuk]
4 biji cili merah segar
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 batang serai
1 sudu lada sulah
1 sudu rempah campuran
1 sudu pati knor

Bahan Tambahan
1 senduk sos cili
1 cawan air
4 helai daun limau purut
Minyak masak


Cara-cara 
1. Panaskan minyak goreng ayam yang telah diperap sehingga agak kekuningan dan asingkan.

2.Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak, masukan sos cili, dan air.

3. Setelah kuah mendidih masukkan ayam yang telah digoreng, kacau sehingga kuah agak kering sepenuhnya. masukan daun limau purut untuk manambahkan lagi bau.

Selamat mencuba :) 



Thursday, 24 December 2015

Mackerel Wraps (Miang Pla Thu)


Mackerel Wraps Miang Pla Thu



Bahan-bahan untuk Sos::


  1. --> Biskut kacang manis
  2. --> Bawang putih
  3. --> Bawang merah {mengikut citarasa tak letak pn takpe}
  4. -->Cili hijau & cili merah
  5. --> Akar ketumbar -bersihkan terlebih dahulu
  6. -->Gula melaka @ Gula nira @ gula pasir
  7. -->Kicap Sotong
  8. -->Jus limau nipis
  9. -->bahan penambah perisa jika perlu


Cara-Cara::
  • Tumbuk biskut kacang manis sehingga lumat.kemudian asingkan.
  • Masukan cili,bawang & akar ketumbar tumbuk hingga lumat.
  • Masukan gula,sos ikan,jus limau,bahan perisa jika perlu
  • Masukan biskut kacang manis tadi, gaul sehingga sebati
siap :)

Boleh dimakan bersama,laksa,bihun,salad,ikan goreng,udang goreng,kerang rebus dll mngikut citarasa masing-masing


Selamat Mencuba :)

Saturday, 5 September 2015

Nasi Lemak Kuning

Nasi Lemak Kuning


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak 

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.masukkan bahan tadi kedalam ricecooker

masukkan beras,serai n garam.Tutup periuk tekan cook.senang kan kikiki


Nota**
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1/2 sudu kecil serbuk kunyit semasa masukkan santan dan air.

Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar - letak 5 sb saje
2 cawan air
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.