Saturday, 5 September 2015

Nasi Lemak Kuning

Nasi Lemak Kuning


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak 

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.masukkan bahan tadi kedalam ricecooker

masukkan beras,serai n garam.Tutup periuk tekan cook.senang kan kikiki


Nota**
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1/2 sudu kecil serbuk kunyit semasa masukkan santan dan air.

Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar - letak 5 sb saje
2 cawan air
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.




No comments:

Post a Comment