KARIPAP ROTI {SARDIN KENTANG}
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA
{Inti Karipap}
- Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikannya.
- Asingkan sos atau kuah sardin yang ada dalam tin supaya inti tidak begitu berminyak.
- Panaskan minyak, masukan bawang merah yang dipotong dadu,kacau perlahan sehinga naik bau,masukan serbuk kari {bancuh dengan sedikit air} Note** boleh campurkan cili kisar atau cili segar utk yang suka makan pedas
- Masukan kentang yang dipotong dadu {toskan air terlebih dahulu} biar sehingga naik bau
- Masukan 1 cawan air supaya kentang cepat empuk, tutup kuali supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
- Masukan isi sardin yang telah dihancurkan,masukan kicap & serbuk perisa {jika perlu}
- Biar sehinga kentang empuk, air kering
- Angkat inti dan masukkan ke dalam bekas yan sesuai supaya cepat sejuk dan boleh dibuat inti karipap.
{Kulit Karipap}
- Potong bahagian kulit keras roti
- Gelek roti sehinga menjadi kepingan nipis
Seterusnya....
- Letakkan kepingan roti yang telah digelek nipis tadi atas acuan Karipap
- Sapukan sedikit putih telur sebagai gam supaya karipap tak terbuka masa masak nanti. boleh juga bancuh sedikit tepung jagung sebagai gam.
- letakkan inti di tengah dan kepitkan, keluarkan lebihan bahagian tepi.
- Panaskan minyak, goreng karipap sehinga rangup... angkat,sedia untuk dimakan
Jika nak jimat!!! Lagi 1 cara lipat 2 roti & tekan bahagian tepi dengan garpu
Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment