Tangyuan
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil air kapur
air secukupnya untuk menguli
7 helai daun pandan - disiat dan disimpul
Halia [ikut citarasa]
1 cawan gula
air secukupnya
pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-caranya:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan air hingga menjadi seperti doh, tidak melekat pada jejari tangan.
2. Bahagikan tepung pulut kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan merah, hijau dan kuning, 1 bahagian lagi biarkan putih.
3. Rebus hingga mendidih air dalam periuk dan masukkan candil berwarna sebahagian-sebahagian.
4. Bila candil telah timbul, tapis dan masukkan dalam bekas yang berisi air masak sejuk. Buat hingga habis.
5. Dalam periuk lain masak gula bersama air secukupnya.Masukkan hirisan halia dan daun pandan. Bila gula telah hancur dan air mendidih, Perlahankan api dan kacau selalu hingga kuah ini mendidih sekali lagi.
6. Tapiskan candil tadi dan masukkan dalam kuah, biar mendidih sekali lagi barulah tutupkan api.
Jika suka bersantan pn boleh guna santan,
masak bersama gula dan garam secukup rasa.
simple kan... selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment